Ujian saringan antigen, NAT dijalankan di seluruh Shanghai

Bernama
April 4, 2022 15:31 MYT
Ujian antigen dan NAT yang giat diadakan bertujuan menyingkirkan risiko, memutuskan rantaian penularan, menyekat penularan wabak mencapai matlamat "dinamik sifar COVID-19" secepat mungkin.- Gambar fail/AP
SHANGHAI: Sejumlah 92,405 kontak rapat pesakit COVID-19 telah diperiksa dan dikuarantin dengan 89,805 daripadanya didapati negatif, sehingga pukul 9 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Kesihatan Shanghai.
Ujian asid nukleik (NAT) yang dilakukan ke atas sejumlah 111,141 kontak kasual pula menyaksikan 100,162 daripadanya negatif.
Menurut jangkaan suruhanjaya itu, dengan adanya lebih 10 hospital di samping sejumlah besar kemudahan awam yang baru siap diubah suai serta penambahan pasukan perubatan, ia mampu menampung untuk merawat semua pesakit di Shanghai.
Dalam satu sidang media pada Ahad, suruhanjaya itu memaklumkan ujian antigen dan NAT yang giat diadakan bertujuan menyingkirkan risiko, memutuskan rantaian penularan, menyekat penularan wabak mencapai matlamat "dinamik sifar COVID-19" secepat mungkin.
-- BERNAMA
#Shanghai #COVID-19 #ujian saringan #Antigen #kontak rapat #China
;