Uhuru Kenyatta dahului keputusan pilihan raya Kenya

Astro Awani
Mac 5, 2013 06:41 MYT
Uhuru Kenyatta, yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana melakukan jenayah kemanusian mendahului keputusan pilihan raya Kenya.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, dia memperolehi undian melebihi 54 peratus.
Dalam pengiraan yang dibuat pada Selasa, bekas perdana menteri yang tersingkir, Raila Odinga mendapat tempat kedua dengan memperoleh 41 peratus.
Tercorot di kedudukan ketiga, Musalia Mudavadi hanya mendapat lapan peratus
Pilihan raya umum yang bermula pada Isnin akan menentukan siapa bakal dilantik menjadi Presiden, Senator dan Ahli Parlimen.
Sekiranya Kenyatta dilantik, ia bermakna Kenya mungkin berdepan dengan sekatan masyarakat antarabangsa.
Dia yang juga anak presiden pertama negara itu, dikehendaki ICC kerana dituduh terbabit dengan keganasan yang menggorbankan lebih 1,000 nyawa selepas pilihan raya pada 2007.
Pilihan raya kali ini pertama kali diadakan selepas Nairobi menggubal perlembagaan baru bagi mengelak pertumpahan darah antara puak.
#pilihan raya Kenya #Uhuru Kenyatta
;