Ugut bunuh perdana menteri, Belgium buru bekas tentera

Bernama
Julai 8, 2023 17:00 MYT
Belgium melancarkan siasatan pada Jumaat selepas catatan media sosial seorang bekas anggota tentera mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Alexander De Croo (foto). -Gambar fail/dpa
BRUSSELS: Belgium melancarkan siasatan pada Jumaat selepas catatan media sosial seorang bekas anggota tentera mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Alexander De Croo.
Suspek, Sam H berkongsi hantaran di Facebook yang menunjukkan dia melampirkan gambar De Croo pada pokok dan menembaknya beberapa kali, lapor Agensi Anadolu.
Pejabat Pendakwa Raya Persekutuan berkata suspek yang turut menyasarkan anggota Kabinet dalam klip video mungkin telah meninggalkan negara itu.
Polis menggeledah rumah suspek yang tidak diketahui keberadaannya.
Unit pemusnah bom juga dikerah ke tempat kejadian sekiranya terdapat jerangkap samar di rumah.
The Brussels Times melaporkan beberapa jalan di perbandaran Limburg di Leopoldsburg telah ditutup berikutan hantaran media sosial itu.
-- BERNAMA
#Belgium #Alexander De Croo #bekas anggota tentera #Sam H
;