Uganda sahkan tiga lagi kes mpox

Bernama
September 1, 2024 17:07 MYT
Tiga kes terbaru itu menjadikan jumlah kes penyakit mudah berjangkit yang disahkan di timur Afrika kini menjadi lima.
KAMPALA: Kementerian Kesihatan Uganda mengumumkan tiga lagi kes mpox pada Sabtu, menjadikan jumlah kes penyakit mudah berjangkit yang disahkan di timur Afrika itu kepada lima.
Kes-kes ini masing-masing dikesan di Bandar Elegu, Daerah Amuru, utara negara ini; Mayuge sebuah daerah di timur Uganda dan berjiran dengan sempadan Sudan Selatan dan Kawaala, sebuah kejiranan dalam Kampala, ibu negara ini, kata Pengarah Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Daniel Kyabayinze kepada Xinhua menerusi panggilan telefon.
Beliau berkata tiga pesakit itu sedang dirawat pada masa ini di Pusat Pengasingan Nasional Entebbe, kira-kira 40 kilometer selatan Kampala.
"Kami mempunyai lima kes setakat ini di Uganda. Dua sudah pulih dan tidak mengalami jangkitan sekunder," kata Kyabayinze.
Petugas kesihatan mengesan dua kes mpox diimport dari negara jiran, Kongo awal bulan ini di daerah barat Uganda, Kasese.
Dua kes positif itu merupakan antara enam disyaki jangkitan di Mpondwe dan Bwera, bandar yang bersempadan dengan Kongo, menurut Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
#mpox #Uganda #kes jangkitan #kesihatan