Ucapan 'State of the Union' terakhir Obama jadi tumpuan netizen, calon presiden
Nizam Bakeri
Januari 13, 2016 15:09 MYT
Januari 13, 2016 15:09 MYT
Ucapan State of the Union terakhir Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini menjadi perbincangan hangat netizen di Amerika Syarikat terutamanya para calon presiden yang bakal menggantikannya setahun lagi.
Mesej utama ucapan Obama jelas: beliau yakin dengan masa hadapan Amerika Syarikat.
"Saya yakin dengan perubahan kerana saya yakin dengan anda semua," ujar Obama yang disambut dengan tepukan gemuruh hadirin. "Sebab itulah saya berdiri di sini penuh yakin seperti dulu bahawa keadaan negara kita kukuh."
Netizen berjenaka tentang reaksi perwakilan
Siaran langsung ucapan Obama yang turut memaparkan beberapa perwakilan terlelap dan membuat pelbagai mimik muka, kesemuanya dikomen netizen.
Respon calon presiden
Para calon pemilihan presiden juga turut mengambil peluang untuk menyatakan pendirian terhadap ucapan Obama.
Hillary Clinton misalnya menyokong ucapan Obama dan berpendapat Amerika Syarikat lebih makmur di bawah kendalian parti Demokrat:
Calon-calon Republikan pula memilih untuk membidas ucapan Obama:
State of the Union merupakan ucapan tahunan yang disampaikan oleh Presiden Amerika Syarikat kepada semua anggota Dewan Perwakilan dan Dewan Senat, biasanya menyentuh keadaan semasa negara dan agenda perundangan yang ingin dilaksanakan oleh Presiden.