Ubat tercemar: Sekurang-kurangnya 33 maut
Astro Awani
Disember 30, 2012 13:05 MYT
Disember 30, 2012 13:05 MYT
Sekurang-kurangnya 33 maut dalam tempoh tiga hari selepas meminum sejenis ubat tercemar di Pakistan.
62 lagi terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Kejadian berlaku di bahagian timut bandar Gujranwala dan kampung berhampiran.
Siasatan awal mendapati mangsa mengambil ubat batuk yang dicemari racun Dextromethorphan.
Ia sejenis morfin sintetik yang mendatangkan kesan khayal jika diambil dalam jumlah yang banyak.
Para penyiasat juga cuba mengenal pasti sama ada mangsa mengambil terlebih dos atau keracunan berpunca daripada ubat berkenaan.
Insiden yang berlaku membabitkan pelbagai jenama.
Ekoran kejadian berkenaan, pihak berkuasa menutup sementara kilang ubat yang beribu pejabat di lahore.
Sebahagian penduduk di bandar berkenaan dikatakan menghasilkan sendiri ubat batuk yang sebahagiannya dijual kepada penagih dadah.
Ia kejadian kedua selepas november lalu di mana 23 maut selepas mengambil ubat batuk berjenama Tyno.