UAE lancar kapal angkasa Hope dalam misi 7 bulan ke Marikh
Astro Awani
Julai 19, 2020 07:58 MYT
Julai 19, 2020 07:58 MYT
Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya melancarkan kapal angkasanya dalam Misi ke Marikh awal pagi tadi.
Kapal angkasa Hope dilancarkan dari pangkalan Tanega-Shima di Jepun pada jam 6.58 pagi waktu tempatan (5.58 pagi waktu Malaysia).
Misi penerokaan yang akan mengambil masa tujuh bulan ini adalah bagi mengkaji cuaca dan iklim di Marikh.
Hope dijadual tiba di Marikh pada Februari 2021, tahun UAE rai ulang tahun penubuhannya yang ke-50.
Dua cubaan pelancaran sebelum ini gagal kerana masalah cuaca.
Kejayaan misi ini akan jadi langkah besar buat UAE yang meneroka potensi dalam bidang angkasa.
Selain UAE, turut melancarkan misi ke Marikh adalah Amerika Syarikat (AS) dan China.