Twitter telah tamatkan perkhidmatan sekitar 80 peratus tenaga kerja - Musk

Bernama
April 13, 2023 03:07 MYT
Twitter telah memberhentikan lebih 6,000 pekerja, iaitu sekitar 80 peratus tenaga kerjanya sejak akhir tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk- Gambar fail
SAN FRANCISCO: Twitter telah memberhentikan lebih 6,000 pekerja, iaitu sekitar 80 peratus tenaga kerjanya sejak akhir tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk dalam temu bual dengan BBC pada Selasa.
Pengurangan tenaga kerja Twitter tidak dapat menandingi syarikat teknologi besar lain dari segi peratusan seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta yang telah mengurangkan puluhan ribu pekerja di seluruh dunia.
Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah, Xinhua memetik laporan San Francisco Chronicle.
Syarikat itu mendakwa dalam 'legal filing' baru-baru ini bahawa "Twitter, Inc telah digabungkan menjadi X Corp dan tidak lagi wujud".
Berdasarkan 'legal filing', X Corp ialah sebuah syarikat milik persendirian.
Syarikat induknya ialah X Holdings Corp. - BERNAMA
#Twitter #Elon Musk #tenaga kerja Twitter #Google