Tweet 'Adios Amigos!' KLM undang kemarahan rakyat Mexico

Astro Awani
Jun 30, 2014 03:47 MYT
Tweet 'Adios Amigos!' KLM undang kemarahan rakyat Mexico
Tweet “Adios Amigos!” dengan imej papan tanda “PELEPASAN” oleh syarikat penerbangan Netherlands, KLM telah mengundang kemarahan orang ramai.
Tweet tersebut yang menerima lebih 6000 ulang tweet (RT) telah dimuat naik oleh syarikat penerbangan itu sejurus selepas pasukan Netherlands berjaya menewaskan Mexico awal pagi tadi.
Walau bagaimanapun tweet itu telah pun dipadamkan oleh syarikat penerbangan tersebut.
Sehingga artikel ini disiarkan, belum ada sebarang permohonan maaf disiarkan oleh syarikat penerbangan tersebut.
Paling terasa dengan tweet tersebut ialah Gael García Bernal, seorang pelakon, pengarah dan penerbit dari Mexico.
Gael dalam nada marah telah menulis tweet balasan yang beliau tidak akan menggunakan perkhidmatan KLM lagi. Tweet tersebut menerima lebih 8000 ulang tweet (RT).
Netherlands memenangi perlawanan menentang Mexico dengan jaringan 2-1 awal pagi tadi.
#FIFA #Gael Garcia Bernal #KLM #Piala Dunia #Twitter