Turkiye tawar diri tuan rumah COP31 pada 2026 - Presiden Erdogan

Bernama
November 12, 2024 21:13 MYT
Erdogan berkata Turkiye sedang mengubah sektor utamanya selaras dengan visi untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2053 dan pertumbuhan hijau. - AP
ISTANBUL: Turkiye pada Selasa mengumumkan pencalonannya untuk menjadi tuan rumah Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2026 (COP31), dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang menyokong usaha itu.
Berucap di COP29, Erdogan berkata Turkiye sedang mengubah sektor utamanya selaras dengan visinya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2053 dan pertumbuhan hijau, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau menambah bahawa Turkiye akan meningkatkan kapasiti terpasang tenaga angin dan solar daripada 31,000 megawatt kepada 120,000 megawatt menjelang 2035.
Menyatakan bahawa Projek Sisa Sifar telah menghalang 5.9 juta tan gas rumah hijau sejak dilancarkan, Erdogan berkata negara itu memperkukuh usaha menangani perubahan iklim melalui projek berkenaan.
-- BERNAMA
#Turkiye #tuan rumah #COP31 #Recep Tayyip Erdogan #Persidangan Perubahan Iklim
;