Turkiye tahan 147 suspek Daesh dalam serbuan di seluruh negara

Bernama
Februari 8, 2024 22:36 MYT
Seramai 147 suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan Daesh ditahan pihak berkuasa Turkiye dalam serbuan di 33 bandar dan wilayah di negara itu. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Seramai 147 suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan Daesh ditahan pihak berkuasa Turkiye dalam serbuan di 33 bandar dan wilayah di negara itu, menurut Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menerusi hantaran di X, Yerlikaya berikrar untuk menjalankan operasi berterusan bagi memerangi keganasan.
Serbuan itu termasuk di Ankara dan Istanbul.
Turkiye menyalahkan kumpulan itu berhubung serangan ke atas sebuah gereja Katolik di Istanbul yang menyebabkan seorang terbunuh pada akhir Januari.
Turkiye menyaksikan beberapa insiden keganasan dikaitkan dengan kumpulan itu, termasuk serangan kelab malam di Istanbul yang membunuh seramai 39 orang dengan Daesh mengaku bertanggungjawab.
-- BERNAMA
#Turkiye #suspek Daesh #Tahan #Ali Yerlikaya
;