Turkiye rancang ambil cap jari individu yang memasuki negara - Laporan

Bernama
Ogos 14, 2024 11:16 MYT
Turkiye merancang untuk melaksanakan projek yang mewajibkan pengambilan cap jari semua individu yang memasuki negara itu. - Unsplash
ANKARA: Turkiye merancang untuk melaksanakan projek yang mewajibkan pengambilan cap jari semua individu yang memasuki negara ini, lapor Sputnik pada Rabu, memetik akhbar Turki, Sabah.
Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya mengumumkan bahawa Turkiye bercadang untuk mengambil cap jari daripada individu yang masuk ke negara itu, sama seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom, menurut laporan akhbar itu.
Kad pengenalan bagi mereka yang menerima status perlindungan sementara, terutamanya warganegara Syria, akan dipasang cip, kata menteri itu.
Kad pengenalan sedemikian tidak boleh dipalsukan, kata Yerlikaya seperti yang dilaporkan.
-- BERNAMA
#Turkiye #cap jari #pelancong #kad pengenalan