Turkiye pindahkan kedutaan selepas kereta duta ditembak
Bernama
Mei 7, 2023 12:00 MYT
Mei 7, 2023 12:00 MYT
ANKARA: Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu pada Sabtu mengumumkan bahawa Turkiye memutuskan untuk memindahkan kedutaannya di Khartoum, ke Pelabuhan Sudan, sebagai tindak balas kepada kenderaan dutanya menjadi sasaran tembakan pada Sabtu.
"Demi keselamatan kedutaan dan rakan sekerja kami, kami memutuskan untuk memindahkan kedutaan kami ke Pelabuhan Sudan," Cavusoglu dipetik sebagai berkata oleh Agensi Anadolu, lapor Xinhua.
Duta Besar Turkiye Ismail Cobanoglu telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) dan memaklumkan kepada mereka tentang rancangan penempatan semula, menurut menteri Turkiye itu.
Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa akibat insiden itu.
Selepas kejadian itu, RSF dan tentera Sudan saling tuduh menuduh menyalahkan satu sama lain.
RSF mendakwa bahawa kawasan di mana serangan berlaku adalah di bawah kawalan tentera dan mengulangi komitmennya untuk melindungi misi diplomatik di negara itu.
Sebaliknya, tentera mengaitkan RSF bertanggungjawab dalam serangan itu.
-- BERNAMA