Turkiye hadkan eksport bahan api penerbangan, minyak bermotor ke Israel

Bernama
April 9, 2024 18:08 MYT
Ankara telah memutuskan beberapa langkah baharu terhadap Israel berhubung operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza. - Gambar fail
ISTANBUL: Turkiye telah mengenakan sekatan ke atas eksport bahan api penerbangan dan minyak motor ke Israel berikutan tindakannya di Semenanjung Gaza, menurut Kementerian Perdagangan Turkiye pada Selasa, lapor Sputnik.
Kementerian telah menerbitkan senarai 54 kumpulan barangan yang eksportnya akan dihadkan. Ia termasuk bahan api penerbangan, minyak motor dan mineral, simen, pelbagai alat mesin serta barangan seperti simen dan marmar, antara lain.
Pada Isnin, Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan berkata Ankara telah memutuskan beberapa langkah baharu terhadap Israel berhubung operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza dan akan mengumumkannya tidak lama lagi.
-- BERNAMA
#Turkiye #sekatan #eksport bahan api #Israel
;