Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Bernama
Februari 23, 2025 22:00 MYT
Februari 23, 2025 22:00 MYT
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan. - Reuters
ANKARA: Turkiye ialah peneraju dunia dalam pengeluaran dron dan menduduki tempat ke-11 di peringkat global dalam eksport industri pertahanan, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Beliau menyatakannya pada mesyuarat Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di ibu negara Ankara.
Beliau berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan, sambil menambah bahawa "perkembangan di rantau kita akan memudahkan proses ini."
Erdogan turut memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan program pembaharuan untuk "Abad Turkiye," yang disifatkannya sebagai "menyeluruh" dan akan "meningkatkan potensi pertumbuhan serta produktiviti negara."
-- BERNAMA