Turkiye: 6 maut, 296 cedera dalam gempa bumi terbaharu
Bernama
Februari 21, 2023 22:04 MYT
Februari 21, 2023 22:04 MYT
ANKARA: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 294 yang lain cedera dalam gempa bumi terbaharu yang melanda wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada Isnin, lapor Xinhua.
Dua gempa bumi masing-masing berukuran 6.4 dan 5.8 pada skala Richter berlaku dua minggu selepas gempa bumi kuat menggegarkan wilayah yang sama pada 6 Februari lalu yang mengorbankan lebih 41,000 orang.
Gempa bumi pertama menggegarkan daerah Defne di wilayah itu pada kira-kira jam 8.04 malam waktu tempatan (1704 GMT) disusuli gegaran kedua tiga minit kemudian dengan pusat gempa di daerah Samandag, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan.
-- BERNAMA