Turki selar laporan PBB berhubung perintah darurat pada 2016

Agensi
Mac 20, 2018 19:55 MYT
Turki menyelar laporan Hak Asasi oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Selasa.
Turki menyelar laporan Hak Asasi oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Selasa.
Menurut Ankara, laporan terbabit mempertikai perintah darurat yang dikeluarkan Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika cubaan rampasan kuasa yang agal pada 2016.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata dakwaan Turki melanggar hak asasi manusia ketika perintah itu dibuat adalah tidak berasas sama sekali.
"Laporan itu menggesa agar perintah terbabit ditarik semula kerana telah melanggar hak asasi manusia.
"Pelanggaran yang dimaksudkan adalah berhubung penangkapan 160,000 orang dan pemecatan penjawat awam dengan jumlah yang hampir sama," jelas kenyataan itu.
Menurut Turki, laporan PBB terbabit malah mendakwa berlakunya penyiksaan tahanan dan mengganggu sistem kehakiman sewenang-wenangnya.
"Tuduhan yang tidak berasas di dalam laporan terbabit hampir sama dengan usaha propaganda yang cuba dibuat organisasi pengganas sebelum ini," jelas kenyataan itu lagi.
Susulan kejadian rampasan kuasa yang gagal pada Julai 2016 itu Erdogan telah mengeluarkan lebih dari 20 dekri bagi menjejak pengkhianat dan anggota organisasi pengganas yang masih berada di negara itu.
#2016 #Ankara #Kementerian Luar #PBB #pengganas #penjawat awam #presiden #tentera #Turki
;