Turki: Rakyat terus marah
Astro Awani
Jun 11, 2013 08:13 MYT
Jun 11, 2013 08:13 MYT
Pada Ahad, Presidennya Recep Tayyip Erdogan beri amaran padah bakal menanti sesiapa yang berdegil meneruskan demonstrasi.
Namun, amaran itu tidak dipedulikan, suara pembangkang masih kedengaran di negara itu.
Kedegilan kumpulan ini menyebabkan polis bertindak awal pagi Isnin di Taman Kulugu.
Tindakan itu menambah kemarahan kumpulan berkenaan.
Mereka mendakwa tindakan polis sebagai menyalahi undang-undang.
Dalam masa yang sama Erdogan terus dituduh sebagai tidak demokratik.
Manakala Erdogan pula menyifatkan kumpulan anti kerajaan itu sebagai perusuh.
Sejak 31 Mei, protes telah diadakan di 78 bandar di seluruh Turki.