Turki lulus usul bidaan Sweden jadi anggota NATO

Astro Awani
Disember 26, 2023 07:45 MYT
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ketika bersalaman dengan Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson semasa persidangan NATO di Lithuania. - Foto AP
ANKARA: Jawatankuasa Hubungan Luar Parlimen Turki meluluskan bidaan Sweden untuk menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Kelulusan ini dianggap langkah penting ke arah perluasan pakatan strategik itu selepas tertangguh lebih 19 bulan.
Jawatankuasa itu, yang dikuasai parti pemerintah Presiden Recep Tayyip Erdogan (AS), mengundi untuk meluluskan permohonan Sweden.
Pengerusinya Fuat Oktay berkata, Sweden komited dan serius mengekang keganasan dengan ikrar yang dibuat selari dengan skop perjanjian trilateral.
"Duta Sweden memaklumkan negaranya sedang melaksanakan strategi khusus untuk mengekang pembiayaan keganasan dan sokongan terhadap organisasi pengganas," katanya.
Ankara sebelum ini meletakkan syarat supaya Stockholm memberi kelonggaran berkaitan isu keselamatan kepadanya.
Usul ini kemudian perlu diundi dalam sidang parlimen.
Usul keanggotaan Sweden dalam NATO dikemukakan ke parlimen oleh Erdogan pada Oktober lalu.
#NATO #Sweden #Turki #bidaan
;