Turki longgarkan beberapa fasa perintah berkurung
Agensi
Jun 10, 2020 23:10 MYT
Jun 10, 2020 23:10 MYT
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa mengumumkan beberapa kelonggaran sekatan ketika Turki memasuki fasa normalisasi akibat pandemik COVID-19.
Namun, pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan kebersihan diri masih perlu diteruskan sebagai normal baharu dalam memastikan rantaian COVID-19 di negara itu dapat diputuskan.
Kini, warganegara Turki yang berumur 65 tahun ke atas dibenarkan keluar rumah setiap hari. Manakala, arahan perintah berkurung kepada golongan yang berusia 18 tahun ke bawah turut ditarik semula.
Dewan perkahwinan akan dibuka pada 15 Jun, sementara pawagam dan teater pada 1 Julai.
Waktu operasi perniagaan, seperti restoran dan kafe pula telah dilanjutkan dari jam 10 malam hingga jam 12 tengah malam.
Menurut Kementerian Kesihatan Turki, kes COVID-19 di Turki meningkat sebanyak 993 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 172,114 dalam 24 jam terakhir.
#Ankara
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#operasi
#pandemik
#penjarakan sosial
#Presiden Turki
#Recep Tayyip Erdogan
#Turki