Turki lapor 1,303 kes COVID-19, tertinggi dalam tempoh lebih sebulan

Agensi
Ogos 20, 2020 15:09 MYT
Turki pada Rabu melaporkan sebanyak 1,303 kes baharu COVID-19, sekali gus menjadi lonjakan harian tertinggi dalam tempoh melebihi sebulan. - Gambar REUTERS
Turki pada Rabu melaporkan sebanyak 1,303 kes baharu COVID-19, sekali gus menjadi lonjakan harian tertinggi dalam tempoh melebihi sebulan.
Menurut Menteri Kesihatannya, Fahrettin Koca, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 253,108.
Koca juga melaporkan sebanyak 23 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan angka kematian terkumpul kepada 6,039.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebelum ini memaklumkan wabak itu berada dalam keadaan terkawal, meskipun jumlah kes dilihat meningkat.
Namun pemakaian topeng di tempat awam adalah diwajibkan di seluruh negara.
Manakala golongan berusia 65 tahun ke atas, dan yang mempunyai penyakit kronik tidak dibenarkan untuk berada di kawasan sesak.
#COVID-19 #Fahrettin Koca #koronavirus #presiden #Recep Tayyip Erdogan #Turki