Turki lancar serangan ke atas Afrin

Agensi
Januari 20, 2018 06:08 MYT
Erdogan menegaskan Turki akan melancarkan serangan susulan dan operasi ke atas wilayah yang dikuasai Kurdish itu. - Foto REUTERS
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengulangi sekali lagi bahawa serangan Turki ke atas bandar Afrin wilayah yang dikawal Kurdish adalah langkah yang perlu diambil bagi mengusir kumpulan militia YPG.
Militia YPG merupakan kumpulan pengganas yang disokong Amerika Syarikat (AS) berpangkalan di selatan sempadan Syria di wilayah Afrin.
Erdogan juga tidak berselindung dengan menegaskan bahawa Turki akan melancarkan serangan susulan dan operasi ke atas wilayah yang dikuasai Kurdish itu.
Bercakap di bandar Kutahya, beliau menegaskan sasaran seterusnya Turki ialah bandar Manbij di Syria, yang terletak di sebelah barat sungai Euphrates dan pasukan yang dikuasai Kurdish yang disokong AS dari kumpulan Negara Islam pada 2016.
Presiden Turki itu sekali lagi mendakwa AS tidak menunaikan janji untuk memaksa militia Kurdish meninggalkan Manbij.
Memandangkan janji-janji itu tidak dipenuhi Erdogan menjelaskan tiada pihak yang berhak mempertikaikan tindakan Turki untuk melakukan serangan tersebut.
Malah beliau juga mendakwa bahawa tindakan itu adalah kerana mengikut keperluan semasa.
Turki telah menguasai wilayah sempadan kedua-dua negara itu di mana tentera dan kereta kebal ditempatkan di sepanjang pintu masuk dan laluan sempadan .
#2016 #Amerika Syarikat #AS #Islam #kereta #operasi #presiden #serangan #Syria #tentera #Turki
;