Turki kian hampir jadi antara 10 kuasa utama ekonomi dunia

Bernama
Disember 26, 2021 03:45 MYT
Erdogan berkata kerajaan telah mewujudkan infrastruktur yang hebat di Turki di 81 bandar raya. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mahu menjadikan negara ini terus berkembang melalui pelaburan, pekerjaan, pengeluaran dan eksport termasuk dari segi lebihan akaun semasa.
"Kita mahukan pastikan negara terus berkembang melalui pelaburan, pekerjaan, pengeluaran, eksport, dan lebihan akaun semasa serta mencapai matlamat kita secepat mungkin.
"Kita semakin hampir kepada matlamat untuk menjadikan Turki sebagai satu daripada 10 ekonomi teratas dunia," kata Erdogan pada majlis perasmian pelbagai kemudahan di wilayah Gaziantep, Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata kerajaan telah mewujudkan infrastruktur yang hebat di Turki di 81 bandar raya.
"Dengan potensi dan industrinya, Gaziantep adalah satu bandar paling mendapat manfaat daripada teras pembangunan ini.
"Kerajaan telah membuat pelaburan bernilai 45 bilion lira Turki (lebih $4.2 bilion) di Gaziantep sejak 19 tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA
#Recep Tayyip Erdogan #ekonomi #Turki #Dunia