Turki keluar waran tangkap terhadap 42 kakitangan universiti

Bernama
November 17, 2017 21:41 MYT
Fethullah Gulen di rumahnya di Saylorsburg, Pennsylvania, Amerika Syarikat, pada Julai 2017. - REUTERS / Fail
Pihak berkuasa Turki pada Jumaat mengeluarkan waran tangkap terhadap 42 kakitangan sebuah universiti di Istanbul, kerana disyaki terbabit dalam rancangan rampasan kuasa yang digagalkan pada tahun lepas, lapor agensi berita China Xinhua, memetik sumber media tempatan.
Akhbar harian Hurriyet melaporkan, polis Istanbul dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendakwa, melancarkan operasi di Universiti Marmara dan menahan 22 ahli akademik serta beberapa individu lain, disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian diketuai Fethullah Gulen, seorang ulama yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Sehari sebelum itu, satu lagi operasi dilancarkan di 30 wilayah seluruh negara untuk menahan kira-kira 150 suspek.
Ankara menyenaraikan rangkaian Gulen yang dikenali Pertubuhan Pengganas Fethullah sebagai kumpulan pengganas, dan setakat ini lebih 48,000 ditahan kerana didakwa terbabit dengan pertubuhan tersebut.
-- BERNAMA
#ahli akademik #Fethullah Gulen #Istanbul #kakitangan #polis #Turki #universiti #Universiti Marmara
;