Turki, Iran bertegas sepakat menentang kezaliman Israel

Agensi
November 26, 2023 07:15 MYT
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berjabat tangan dengan Presiden Iran, Ebrahim Raisi ketika kedua-dua pemimpin itu bertemu di forum ekonomi di Tashkent, Uzbekistan pada 9 November lalu. - Gambar REUTERS
ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Iran, Ebrahim Raisi telah mengadakan perbincangan mengenai kepentingan semua negara Islam di dunia, khususnya Turki dan Iran mengambil
pendirian yang sepakat dalam menentang "kezaliman Israel di wilayah Palestin."
"Serangan Israel ke atas Gaza yang jelas menyalahi undang-undang, sumbangan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palesin dan kemungkinan usaha ke arah gencatan senjata yang selama-lamanya di wilayah bergolak itu dibincangkan menerusi panggilan telefon," kata pejabat Presiden Turki dalam kenyataan yang dikeluarkan. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #Turki dan Iran #Kezaliman Israel #Recep Tayyip Erdogan
;