Turki hasilkan wang kertas guna teknologi penyahjangkitan
Bernama
Mac 21, 2020 11:10 MYT
Mac 21, 2020 11:10 MYT
Sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Istanbul mengeluarkan wang kertas yang dihasilkan menggunakan teknologi penyahjangkitan untuk kegunaan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
"Dengan teknologi itu wang kertas yang dihasilkan membolehkan semua ATM bersih dan mesra alam sekitar," kata pengasas bersama Money Shower, Furkan Erucan lapor agensi berita Anadolu.
Beliau berkata dengan teknologi itu, ia berupaya membantu menghalang pengguna dijangkiti semua mikroorganisma, termasuk COVID-19.
"Sekarang terdapat 26,000 bakteria pelbagai jenis terdapat pada wang kertas di Eropah. Jumlah ini cukup untuk membuat orang sakit.
"Turki mengumpul semua wang kertas, membakarnya dan mencetak yang baharu untuk diedarkan hanya apabila terjadi wabak penyakit," katanya.
Katanya, kerajaan China juga mengambil langkah yang sama sebelum ini.
-- BERNAMA
#ATM
#bakar
#Bakteria
#China
#COVID-19
#eropah
#Istanbul
#jangkitan
#kerajaan
#koronavirus
#mesin pengeluaran wang automatik
#nyah jangkitan
#penyakit
#teknologi
#Turki
#wabak
#wang kertas