Turki hantar bantuan kelengkapan perubatan ke AS
Bernama
April 28, 2020 07:18 MYT
April 28, 2020 07:18 MYT
Sebuah pesawat kargo Angkatan Tentera Turki yang membawa kelengkapan perubatan untuk memerangi wabak COVID-19, berlepas ke Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, lapor agensi berita Anadolu.
"Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Etimesgut/Ankara," kata Kementerian Pertahanan Turki di Twitter.
Penghantaran peralatan seperti penutup hidung dan mulut, pelindung muka dan baju pelindung itu atas arahan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Sebelum ini, Turki sudah menghantar bantuan yang sama ke Sepanyol, Itali, Britain, Serbia, Kosovo, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia Utara, Montenegro, Libya dan Somalia.
Korban akibat COVID-19 di AS melepasi 56,000 orang dengan jumlah jangkitan hampir sejuta - dua pertiga daripada keseluruhan kematian di dunia.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat
#baju pelindung
#bantuan
#COVID-19
#jangkitan
#kelengkapan perubatan
#kematian
#Kementerian Pertahanan Turki
#Lapangan Terbang Etimesgut
#pelindung muka
#penutup hidung dan mulut
#pesawat
#Recep Tayyip Erdogan
#tentera
#Turki
#wabak