Turki dilihat sebagai sekutu penting Amerika

Astro Awani
Mac 23, 2013 15:18 MYT
Isu hubungan antara Turki dan Israel sudah tercetus sejak dari dulu lagi.
Permohonan maaf ini dikatakan dipengaruhi oleh tekanan dari Presiden Amerika, Barack Obama yang mahukan Perdana Menteri Israel memohon maaf ke atas kejadian Mavi Marmara.
Ini kerana Amerika Syarikat melihat Turki satu-satunya sekutu penting yang boleh membantu Amerika sebagai orang tengah dalam proses damai selepas kejayaan Mesir.
Penganalisis Asia Barat, Prof Madya Dr. Kamarulzaman dihubungi Astro Awani untuk memberi pandangan tentang permohonan maaf Israel ke atas insiden Mavi Marmara.
#Mavi Marmara #misi Flotila #Penganalisis Asia Barat #Prof Madya Dr. Kamarulzaman
;