Turki dalam peringkat akhir hasilkan vaksin COVID-19
Astro Awani
Jun 18, 2021 22:24 MYT
Jun 18, 2021 22:24 MYT
ANTALYA: Turki sedang dalam peringkat akhir kajian penghasilan vaksin COVID-19.
Presidennya, Recep Tayyip Erdogan berkata, kajian akhir itu dijangka selesai sebelum hujung tahun ini.
Erdogan berkata, vaksin itu kelak akan dimanfaatkan kepada semua penduduk dunia.
Dalam masa sama beliau menggesa semua negara agar tidak menyalah guna vaksin sebagai alat untuk kepentingan politik.
Ujarnya, pandemik global perlu ditangani dengan adil antara negara kaya dan miskin.
"Vaksin tidak sepatutnya digunakan sebagai alat dan kepentingan politik. Kajian vaksin tempatan kami mensasarkan untuk memuktamadkannya sebelum akhir tahun ini. Kami sedang mengusahakan (vaksin) untuk kesamarataan dan kemanusiaan. Bila ia akan diperoleh orang awam?
"Kami akan kongsikan mengenai penghasilan vaksin tempatan dengan semua orang nanti," katanya semasa berucap merasmikan Forum Diplomasi Antalya di Antalya, Turki.
Lebih 43 negara menyertai forum berkenaan dan Malaysia turut diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Forum itu bertemakan Inovatif Diplomasi: Era Baharu, Pendekatan Baharu, dan akan menyentuh pelbagai isu penting termasuk mengenai serantau dan global.