Turki buka ruang udara ke Iraq selepas enam bulan ditutup

Agensi
Mac 24, 2018 09:21 MYT
Pembukaan semula itu diumum Perdana Menteri Turki Binali Yildirim pada Jumaat namun menghadkan jadual dan destinasi ke beberapa bandar. - Foto AP
Selepas hampir enam bulan Turki akhirnya membuka semula ruang udaranya untuk penerbangan ke dan dari wilayah Kurdish di Iraq.
Pembukaan semula itu diumum Perdana Menteri Turki Binali Yildirim pada Jumaat namun menghadkan jadual dan destinasi ke beberapa bandar.
Pada Oktober tahun lepas, Turki menutup ruang udaranya sebagai tindak balas kepada referendum kemerdekaan di wilayah separa autonomi itu.
Menurut Binali Yildirim ruang udara akan dibuka kepada penerbangan komersil dan awam ke dan dari bandar Irbil tetapi penerbangan ke bandar Sulaimaniyah tidak akan dibenarkan.
Ia berikutan laporan kegiatan pemberontak Kurdish yang mensasarkan warga Turki di Sulaimaniyah.
"Tidak akan ada penerbangan ke Sulaimaniyah," jelasnya.
Binali turut menegaskan akan meningkatkan serangan ketenteraan ke atas pemberontak kurdish sekiranya ancaman terhadap warga Turki diteruskan.
Tegasnya serangan balas akan turut dilancarkan di wilayah Sinjar jika kerajaan Iraq enggan mengambil tindakan terhadap kumpulan pemberontak Kurdish di wilayah itu.
#Iraq #Kurdish #Referendum #serangan #Turki
;