Tuntut sekatan ditarik balik, punca tiada kesepakatan dicapai Trump-Kim
Bernama
Februari 28, 2019 06:10 MYT
Februari 28, 2019 06:10 MYT
Presiden Donald Trump berkata kegagalan mencapai kesepakatan dengan Korea Utara kerana pemimpinnya Kim Jong Un mahu semua sekatan terhadap Pyongyang ditarik balik, lapor agensi berita Yonhap.
"Pada dasarnya, mereka mahu semua sekatan ditarik balik, tetapi kami tidak boleh berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar selepas sidang kemuncak kedua di antara kedua-dua pemimpin di Hanoi pada Khamis.
Berikutan itu Trump bertindak meninggalkan perbincangan tanpa sebarang perjanjian dicapai.
"Saya memang mahu menarik balik sekatan kerana ingin melihat negara itu mencapai kemajuan," katanya sambil menambah Korea Utara yang sepatutnya perlu berkorban lebih banyak.
Bagaimanapun katanya, sidang kemuncak itu masih dilihat membuahkan hasil kerana Kim berjanji untuk terus menggantung ujian nuklear dan peluru berpandu.
"Hubungan dengan Kim masih 'kuat'," ujar Trump.
Mengulas mengenai sama ada kedua-dua pemimpin bersetuju bertemu lagi, Trump berharap akan ada perbincangan lagi selepas ini.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#gantung
#Hanoi
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#nuklear
#peluru berpandu
#perjanjian
#sekatan
#sidang kemuncak
#tarik balik
#ujian nuklear
#Vietnam