Tunjuk perasaan mengganas, rakyat Peru gesa PRU segera
Astro Awani
Disember 13, 2022 11:00 MYT
Disember 13, 2022 11:00 MYT
ANDAHUAYLAS: Rasa tidak puas hati rakyat Peru masih berlarutan di seluruh negara Amerika Selatan itu.
Namun di kawasan miskin seperti Andahuaylas, sebuah komuniti luar bandar terpencil di Andes, tunjuk perasaan lebih ganas berbanding di bandar-bandar utama.
Komuniti di kawasan tersebut menyaksikan rakyat miskin bergelut selama bertahun-tahun sebelum ini menyokong Presiden yang kini ditolak, Pedro Castillo memandangkan beliau sebelum ini golongan petani seperti kebanyakan mereka.
Tunjuk perasaan kini berterusan dengan dua kematian dilaporkan melibatkan anak muda pada hujung minggu lalu.
Rakyat miskin dilaporkan kecewa dengan situasi yang berlaku ketika ini.
Mereka menuntut keadilan terutamanya selepas ada yang terkorban dalam tunjuk perasaan tersebut.
Untuk rekod, masyarakat di kawasan tersebut tidak asing dengan pergolakan awam.
Rakyat peru menuntut pilihan raya baharu selain gesaan pembebasan Castillo yang didakwa cuba membubarkan kongres dan memerintah melalui dekri.