Tunjuk perasaan di Port Said masuk hari ke-5

Astro Awani
Februari 21, 2013 07:52 MYT
Tunjuk perasaan di Port Said di Mesir masuk sudah masuk hari kelima.
Penunjuk perasaan mendesak pasukan keselamatan dipertanggungjawabkan di atas kematian 40 penduduk dalam rusuhan bulan lepas dan menuntut siasatan baru dijalankan.
Ini kerana pasukan keselamatan didakwa melepaskan tembakan dari atas bumbung bangunan sehingga menyebabkan ramai yang terkorban dalam rusuhan itu.
Penunjuk perasaan memberi kata dua bahawa protes tidak akan berakhir, selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Mereka juga secara terang menolak pemerintahan Presiden Mohamed Morsi.
Morsi sebelum ini mengisytiharkan perintah berkurung selama 30 hari di Pelabuhan Said dan dua lagi wilayah di Terusan Suez.
Undang-undang berkenaan masih berkuatkuasa namun tidak diendahkan penduduk.
Bagaimanapun di sebalik tunjuk perasaan itu, urusan harian perkapalan menerusi Terusan Suez yang menjadi nadi kepada ekonomi Mesir tidak terjejas.
#Mesir #Port Said #tunjuk perasaan
;