Tunjuk perasaan antikerajaan Kazakhstan semakin memburuk

Astro Awani
Januari 5, 2022 06:47 MYT
Kepulan asap tebal kelihatan di sebuah bangunan ketika penunjuk perasaan mengadakan protes di Almaty, Kazakhstan, 5 Jan 2022. (Foto AP)
PROTES antikerajaan di Kazakhstan semakin memburuk dengan penunjuk perasaan pada Rabu menyerbu kawasan lapangan terbang di Almaty, menyebabkan ratusan kakitangan melarikan diri.
Protes tercetus gara-gara kenaikan harga minyak, disusuli isu politik.
Presiden Kassym-Jomart Tokayev mendakwa, protes didalangi kumpulan pengganas yang dilatih pihak asing.
Bagaimanapun, pemerhati dan pakar politik Kate Mallinson menegaskan, protes mendedahkan kemarahan lampau rakyat terhadap pentadbiran.
Ia susulan kegagalan pentadbiran memodenkan negara berkenaan dan memperkenalkan reformasi yang memberi kesan kepada rakyat di pelbagai peringkat.
Setakat Rabu, Presiden telah menguatkuasakan arahan darurat dan perintah berkurung.
Kerajaan juga melarang perhimpunan besar-besaran.
Pada Rabu, Tokayez menerima peletakan jawatan kabinetnya, susulan desakan daripada penunjuk perasaan.
#Penunjuk perasaan #antikerajaan #serang lapangan terbang #Kazakhstan
;