Tular video dramatik persembahan Seventeen dibadai tsunami

Astro Awani
Disember 23, 2018 03:55 MYT
Perkongsian video kumpulan Seventeen ketika mengadakan persembahan terakhir mereka, sebelum tsunami, tular di media sosial. - Twitter SEVENTEEN Band
SEBUAH video yang memaparkan saat-saat dramatik persembahan band popular Indonesia, Seventeen, dibadai ombak tsunami, menjadi perkongsian tular di laman sosial.
Band itu dilaporkan memenuhi jemputan dalam sebuah majlis tertutup di Tanjung Lesung Beach Resort, di Pandeglang, Banten.
Dalam video itu, dapat dilihat bagaimana pentas roboh selepas dibadai ombak yang datang dari bahagian belakang pentas.
Pemain bass mereka, Bani, disahkan terkorban, manakala tiga lagi anggotanya, Andi, Herman dan Ujang, masih hilang.
#Anyer #band #Indonesia #persembahan #SEVENTEEN #Tanjung Lesung #tsunami