Tular: Halau dua lelaki mahu guna tandas, Starbucks mohon maaf

Agensi
April 15, 2018 19:24 MYT
Kejadian tegang pada Khamis itu turut sempat dirakam menerusi telefon bimbit yang antara lain memaparkan enam anggota polis mengarahkan dua lelaki kulit hitam untuk beredar. -Foto twitter.com/@missydepino

Syarikat minuman kopi terkemuka dunia, Starbucks pada Sabtu memohon maaf atas insiden dua lelaki berkulit hitam yang telah ditahan polis di sebuah premisnya di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Tindakan yang dilihat ramai berbau perkauman di pihak syarikat itu dan polis.

Kejadian tegang pada Khamis itu turut sempat dirakam menerusi telefon bimbit yang antara lain memaparkan enam anggota polis mengarahkan dua lelaki kulit hitam untuk beredar.

Sejurus kemudian seorang lelaki tiba dan memaklumkan kedua-dua mereka sedang menunggunya.

Alasan itu tidak diterima, sebaliknya kedua-duanya ditahan kerana ingkar perintah polis.

Kedua-duanya bagaimanapun telah dibebaskan pada Jumaat tanpa sebarang pendakwaan.

Video terbabit pantas tular di media sosial dengan jutaan tontonan dan membangkitkan kemarahan ramai.

@Starbucks The police were called because these men hadn ordered anything. They were waiting for a friend to show up, who did as they were taken out in handcuffs for doing nothing. All the other white ppl are wondering why it never happened to us when we do the same thing. pic.twitter.com/0U4Pzs55Ci

— Melissa DePino (@missydepino) April 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurut peguam kedua-dua lelaki kulit hitam itu, anak guamnya telah memaklumkan kepada petugas di Starbucks yang mereka sedang menunggu seorang rakan untuk urusan perniagaan, namun salah seorang petugas bertindak memanggil pihak polis.

Starbucks menerusi akaun Twitternya kemudiannya mengeluarkan permohonan maaf dengan kenyataan ‘kami kecewa dengan insiden yang membawa kepada penahanan ini’.
Manakala polis dalam kenyataan di laman Facebook pada Sabtu berkata, kekeliruan timbul apabila salah seorang lelaki terbabit ingin menggunakan tandas tanpa membuat sebarang pembelian terlebih dahulu.

Sudah menjadi polisi syarikat Starbucks untuk tidak membenarkannya, disusuli dengan arahan untuk lelaki terbabit meninggalkan premis terbabit.

We regret that our practices and training led to the reprehensible outcome at our Philadelphia store. Wee taking immediate action to learn from this and be better. A statement from ceo Kevin Johnson: https://t.co/kPav8bEeOX

— Starbucks Coffee (@Starbucks) April 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pihak polis telah melakukan tugas secara profesional dan seperti yang sepatutnya, tegas kenyataan itu lagi.

Lelaki itu juga ditahan selepas diperintahkan polis untuk beredar sebanyak tiga kali.

Starbucks memaklumkan syarikat itu tidak mempunyai polisi untuk mengarahkan orang awam untuk beredar, dan menyerahkan kepada premis terbabit berhubung urusan keselamatan dan protokol perkhidmatan pelanggan.

#Amerika Syarikat #Facebook #keselamatan #kulit hitam #lelaki #media sosial #polis #Twitter #video
;