Tujuh terbunuh di Mesir

Astro Awani
Januari 26, 2013 10:32 MYT
Jumlah korban keganasan tunjuk perasaan di Mesir meningkat.
Sekurang-kurangnya 7 terbunuh dalam bantahan anti kerajaan di bandar Pelabuhan Suez.
Salah seorang daripada mangsa membabitkan remaja berusia 14 tahun yang dikenali sebagai Mamoud Isa.
Pihak berkuasa dilapor melepaskan tembakan gas pemedih bagi menghalang bantahan di dua kawasan penempatan di bandar berkenaan.
Di Ismailiyah, penunjuk perasaan bertindak ganas dengan menyerang dan membakar bangunan kerajaan.
Selain menceroboh mereka dilapor turut mencuri.
Penunjuk perasaan juga didakwa bertanggungjawab membakar ibu pejabat parti yang disokong pergerakan Ikhwanul Muslimin.
#Mesir #tunjuk perasaan
;