Tujuh terbunuh banjir kilat landa Turki

Astro Awani
September 6, 2023 22:45 MYT
Kontena dilihat bergelimpangan selepas hujan lebat melanda Istanbul di Turki. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh susulan hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat di barat laut Turki.
Manakala lima orang maut dan seorang hilang di wilayah Kirklareli berhampiran sempadan dengan Bulgaria dan Greece, selepas rumah mereka dinaiki air.
Pihak berkuasa berkata, dua lagi terbunuh dan 31 cedera di daerah Basaksehir, utara Istanbul.
Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan menjanjikan sokongan kewangan kepada keluarga di kawasan yang dilanda banjir.
Kira-kira 125 kilogram hujan bagi setiap meter persegi melanda Istanbul dalam masa kurang daripada enam jam.
Hujan lebat telah menyebabkan banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini di seluruh tenggara Eropah, merosakkan infrastruktur dan menyebabkan pemindahan.
#banjir #hujan lebat #tenggara Eropah #rumah dinaiki air