Tujuh pelajar maut insiden tembakan di sekolah

Astro Awani
Mei 11, 2021 07:12 MYT
Beberapa buah ambulans dan kereta polis dilihat di luar perkarangan sekolah berkenaan di Kazan, Rusia. - Foto AP/Roman Kruchinin
KAZAN: Sekurang-kurangnya tujuh pelajar maut manakala 16 lagi cedera dalam keadaan tembakan di sebuah sekolah di Kazan, Rusia.
Gabenor Tatarstan berkata, insiden pada Selasa itu mengorbankan empat pelajar lelaki dan tiga pelajar perempuan berusia 14 tahun.
12 lagi pelajar dan empat individu dewasa cedera dalam kejadian tersebut dan kini dirawat di hospital, kata Rustam Minnikhanov.
Sebelum ini agensi berita RIA Novosti melaporkan 11 individu maut dalam insiden terbabit, memetik pegawai kecemasan tempatan.
Setakat ini Reuters belum dapat dipastikan angka korban sebenar.
Motif kejadian serta suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut belum lagi didedahkan pihak polis.
#maut #pelajar #tembakan #sekolah
;