Tujuh pelajar maut dalam serangan kejam sewaktu pulang dari sekolah

Agensi
April 27, 2018 23:31 MYT
Serangan yang berlaku di daerah Mizhi di wilayah barat laut Shaanxi, Xinhua itu turut mencederakan 12 pelajar. - Gambar hiasan
Seorang penyerang bertindak kejam apabila melancarkan serangan keatas sekumpulan pelajar yang dalam perjalanan pulang dari sekolah pada Jumaat, meragut nyawa sekurang-kurangnya tujuh pelajar.
Lapor agensi berita Xinhua, China, semua mangsa adalah pelajar sekolah menengah dan penyerang berkenaan bagaimapun berjaya diberkas, tanpa memberikan maklumat lanjut.
Serangan yang berlaku di daerah Mizhi di wilayah barat laut Shaanxi, itu turut mencederakan 12 pelajar lain.
Serangan ganas jarang berlaku di China berbanding negara lain, terutamanya di bandar-bandar utama di mana tahap keselamatannya dikawal ketat.
Februari lalu, seorang wanita terbunuh dan 12 cedera apabila seorang lelaki melakukan serangan menggunakan pisau di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara China, Beijing.
Serangan seperti itu sering dikaitkan dengan penyakit mental atau yang mempunyai masalah peribadi.
Pisau adalah senjata biasa yang diguna kerana kawalan pemilikan senjata api yang ketat di China.
#Beijing #bunuh #China #serangan #suspek #Xinhua
;