Tujuh pejalan kaki maut dirempuh kereta

Astro Awani
Mei 7, 2023 06:15 MYT
Antara pejalan kaki yang maut dirempah sebuah kenderaan di Pusat Ozanam di Texas, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
TEXAS: Sekurang-kurangnya tujuh pejalan kaki maut manakala beberapa yang lain cedera dilanggar sebuah kereta di Brownsville, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Pegawai polis Jabatan Polis Brownsville, Leftenan Martin Sandoval mengsahkan seorang lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) telah ditahan.
Kejadian berlaku berdekatan dengan pusat transit gelandangan yang menempatkan kumpulan migran.
Mangsa dikatakan sedang menunggu bas berdekatan dengan Pusat Ozanam.
"Siasatan sedang dijalankan jika pemandu berkenaan di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian," katanya.
Pihak polis masih tidak dapat pastikan jika pemandu itu sengaja melanggar kumpulan migran berkenaan atau hilang kawalan kenderaan yang dipandunya.
Jumlah sebenar mangsa cedera atau keadaan mereka juga tidak didedahkan.
Brownsville, yang terletak di sempadan Mexico, menyaksikan peningkatan jumlah pendatang baru-baru ini.
#pejalan kaki #dirempuh kenderaan #Pusat Transit Gelandangan #migran
;