Tujuh militan ditembak skuad anti keganasan Indonesia
Astro Awani
Mei 9, 2013 19:49 MYT
Mei 9, 2013 19:49 MYT
Tujuh militan ditembak mati skuad anti-keganasan Indonesia dalam satu operasi di Tengah Jawa dan dua yang lain turut diberkas dalam operasi tersebut.
Serbuan diadakan di sebuah rumah di bandar Kebume selepas pihak berkuasa gagal memujuk mereka untuk menyerah diri dalam pertempuran berlanjutan selama 13 jam.
Polis berkata mereka akan menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan pakatan mengebom kedutaan Myanmar di Indonesia.
Suspek yang ditahan menyerah diri kepada polis manakala dua lagi ditangkap di kedai berhampiran.
Operasi diadakan susulan pembunuhan tiga suspek militan di Kampung Cigondewah, Jawa Barat.
Polis turut mengadakan operasi di Bandung dengan beberapa suspek militan turut ditangkap.
Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan jika operasi di Bandung ada kaitan dengan operasi di Kebume.
Indonesia merupakan negara yang paling ramai penghuninya beragama Islam berusaha keras untuk memerangi keganasan khususunya sejak serangan bom berani mati bali pada tahun 2002 yang membunuh 200 orang yang majoritinya adalah pelancong asing.