Tujuh maut insiden tembakan di majlis hari jadi

Astro Awani
Mei 10, 2021 08:40 MYT
Tiada kanak-kanak cedera dalam insiden berkenaan dan polis telah mengepung kawasan kejadian. - Gambar hiasan
COLORADO: Tujuh maut dalam majlis sambutan hari jadi selepas seorang lelaki melepaskan tembakan terhadap enam individu dalam satu kejadian di Colorado, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menurut polis dalam satu kenyataan, suspek merupakan teman lelaki salah seorang mangsa yang hadir ke majlis tersebut.
"Suspek, dipercayai teman lelaki salah seorang mangsa melepaskan tembakan terhadap enam individu di majlis tersebut sebelum membunuh diri.
"Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan," kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, tiada kanak-kanak cedera dalam insiden berkenaan dan polis telah mengepung kawasan kejadian.
Polis berkata identiti suspek dan mangsa akan diumumkan kemudian.
#tembakan #maut #bunuh diri #majlis hari jadi
;