Tujuh maut, gempa 7.5 magnitud landa Mexico
Agensi
Jun 24, 2020 18:49 MYT
Jun 24, 2020 18:49 MYT
Gempa bumi dengan magnitud 7.5 mengegarkan kawasan perairan Mexico pada Selasa, serta bahagian selatan dan tengah negara itu menyebabkan kemusnahan dan kematian.
Laporan awal menyatakan sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan terkorban dalam kejadian 10.29 pagi Selasa waktu tempatan itu.
Pusat amaran tsunami Pasifik turut mengeluarkan amaran tsunami dengan radius seribu kilometer di pesisir pantai Amerika Selatan bersama jangkaan ombak setinggi tiga meter.
Gempa berkenaan berpusat 23 kilometer ke selatan La Crucecita, kawasan perkampungan persisiran pantai di negeri Oaxaca.
Ia turut dirasai di tujuh negeri lain.
Selain tsunami, gempa turut menyebabkan tanah runtuh di beberapa kawasan.
Presiden Andres Manuel Lopez Obdador dalam pada itu mengumumkan infrastruktur utama seperti loji minyak dan gas serta pusat pengeluaran elektrik tidak terjejas.
Sejumlah 147 gegaran susulan turut direkodkan selepas gempa melanda.