Tujuh maut, 9 cedera akibat tanah runtuh di Barat Sumatera, Indonesia
Bernama
Mei 11, 2021 17:24 MYT
Mei 11, 2021 17:24 MYT
JAKARTA: Tujuh terbunuh, sembilan yang lain cedera dan satu lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan perlombongan emas pada Isnin di wilayah Sumatera Barat, Indonesia, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap agensi nasional pengurusan bencana Raditya Jati pada Selasa.
Memetik laporan ketua bahagian kecemasan dan logistik agensi pengurusan bencana tempatan, Jati berkata kejadian itu berlaku setelah hujan lebat berterusan di daerah Solok Selatan dari petang Ahad hingga awal pagi Isnin.
Jati dalam satu kenyataan berkata pasukan penyelamat tempatan telah mengeluarkan mayat manakala mangsa yang cedera dihantar ke pusat kesihatan masyarakat untuk rawatan.
Badan Meteorologi, Cuaca dan Geofizik Indonesia mengatakan dalam tiga hari lagi kemungkinan berlaku banjir di beberapa wilayah Indonesia termasuk di pulau-pulau utama Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi dan Papua.
-- BERNAMA