Tujuh cedera ditembak ketika hadiri majlis pengebumian

Agensi
September 30, 2020 06:42 MYT
Mereka ditembak ketika menghadiri majlis pengebumian Braxton Taylor yang mati ditembak pada 17 September lepas. -AP
WISCONSIN: Tujuh cedera selepas terkena tembakan di luar kawasan perkuburan di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Mereka ditembak ketika menghadiri pengebumian Braxton Taylor, lelaki berusia 26 tahun yang mati ditembak pada 17 September lepas.
Cedric Guy, pemilik Serenity Funeral Home berkata terdapat sekitar 100 orang yang berkabung di rumah pengebumian ketika insiden itu berlaku.
Pemangku Ketua Polis, Michael Brunson berkata mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di hospital.
Semua mangsa dijangka selamat kerana kecederaan dialami tidak begitu serius.
Datuk Bandar, Tom Barrett menyifatkan insiden tembakan itu sebagai contoh kegilaan yang boleh dilihat ekoran lambakan senjata api di kawasan itu.
Insiden tembak seperti itu banyak berlaku di AS ekoran kelonggaran pembelian senjata api di negara tersebut.
Saban tahun, pasti ada nyawa melayang akibat insiden tembakan yang selalunya membabitkan tembakan rambang.
#pengebumian #tembakan rambang #Michael Brunson #Cedric Guy #Serenity Funeral Home #Tom Barrett #Braxton Taylor
;