Tsunami Tonga: Lagi letusan besar dikesan hari ini

Sinar Harian
Januari 17, 2022 13:57 MYT
Tinjauan Geologi Amerika Syarikat pada Sabtu mencatatkan letusan gunung berapi bawah laut di Tonga pada Sabtu lalu adalah sama dengan gempa bumi bermagnitud 5.8. - Gambar fail
SATU lagi letusan besar telah dikesan di gunung berapi Tonga, lapor sebuah stesen pemantauan yang berpangkalan di Darwin, Australia pada Isnin.
Ia berlaku dua hari selepas letusan besar-besaran terjadi sehingga mencetuskan gelombang tsunami di sekitar Pasifik.
Letusan terbaharu itu dikesan pada jam 8.10 pagi waktu Malaysia, menurut amaran oleh Pusat Penasihat Abu Vulkanik Darwin.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga berkata ia telah mengesan ombak besar di kawasan itu.
BACA: Tonga dilanda tsunami selepas letusan gunung berapi
Ia berkata: "Ini mungkin dari satu lagi letupan gunung berapi Tonga."
Ancaman Tsunami | Jepun dilanda Tsunami selepas letusan di Tonga
Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mencatatkan letusan gunung berapi bawah laut di Tonga pada Sabtu lalu adalah sama dengan gempa bumi bermagnitud 5.8.
Bencana | Tsunami membadai Tonga susulan letusan
Namun, sejauh mana kerosakan di Tonga tidak jelas pada hari Ahad ekoran talian komunikasi yang terputus
Gelombang sepanjang 1.2 meter melanda ibu kota Tonga, Nuku'alofa dengan penduduk tempatan melaporkan mereka melarikan diri ke tanah yang lebih tinggi
dan meninggalkan rumah-rumah yang dibanjiri dengan batu-batu kecil serta abu jatuh dari langit.
Artikel asal diterbitkan di Sinar Harian
#tsunami Tonga #gelombang tsunami Pasifik #Nuku'alofa #Pusat Amaran Tsunami Pasifik
;