Tsunami Selat Sunda: Budak lelaki terselamat berpaut pada gitar Seventeen
Astro Awani
Disember 27, 2018 18:00 MYT
Disember 27, 2018 18:00 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki terselamat daripada menjadi korban tsunami di Selat Sunda apabila menggunakan gitar milik kumpulan Indonesia, Seventeen untuk terapung.
Akhmad Khowarizmi atau Azmi, 10, menggunakan gitar tersebut untuk menyelamatkan diri daripada gelombang tsunami yang melanda pantai Carita.
Ketika kejadian, Azmi bersama keluarga sedang menyaksikan persembahan kumpulan itu di kawasan pelancongan tersebut, lapor portal Liputan 6.
Datuknya, Ashari, 64, berkata keluarga mereka berada di hadapan pentas dan tidak sempat melarikan diri.
Jelasnya, cucunya terselamat kerana dia menggapai gitar milik kumpulan terbabit untuk dijadikan pelampung.
Namun, anak perempuan tunggalnya Ninil Ukhita Anggra Wardani, 38, terkorban dan ditemui pada 23 Disember di sekitar Tanjung Lesung.
Ninil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kalirejo, Bangil, Pasuruan pada malam 24 Disember lalu.
#Akhmad Khowarizmi
#gitar
#Indonesia
#pantai Carita
#Pasuruan
#SEVENTEEN
#Tanah Perkuburan Kalirejo
#tsunami