Tsunami Selat Sunda: Angka korban meningkat lebih 222 orang

Astro Awani
Disember 23, 2018 19:54 MYT
Jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tsunami yang melanda banten di Jawa Barat, Indonesia Sabtu malam meningkat kepada 222 orang.
JUMLAH mangsa yang maut dalam kejadian tsunami yang melanda banten di Jawa Barat, Indonesia Sabtu malam meningkat kepada 222 orang.
Manakala 843 cedera dan 28 mangsa masih lagi hilang dalam tragedi berkenaan.
Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, dari semasa ke semasa mengemas kini angka kematian tersebut menerusi pelbagai platform sebaran umum termasuk di akaun Twitter rasminya.
Gelombang tinggi dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar pukul 9.30 malam pada Sabtu.
Puluhan bangunan juga silaporkan musnah.
Kawasan paling terjejas ialah Pandeglang, yang meliputi Taman Negara Ujung Kulon dan banyak pantai-pantai peranginan popular.
BACA: Tiada amaran awal kerana tiada alat pengesan tsunami berpunca gunung berapi
BACA: Tsunami Selat Sunda: Semoga yang ditinggalkan diberi kesabaran - Jokowi
#Banten #Indonesia #mangsa #maut #mayat #Sutopo Purwo Nugroho #tsunami #tsunami selat Sunda
;