Tsunami Palu: Seorang rakyat Malaysia masih dilaporkan hilang?
Afiq Ariffin
Oktober 1, 2018 13:38 MYT
Oktober 1, 2018 13:38 MYT
Laporan terkini susulan gempa dan tsunami di bandar Palu dan Donggala di Pulau Sulawesi, Indonesia (Isnin, 1 Oktober 2018, 5 pagi waktu tempatan) turut menyatakan bahawa terdapat seorang warganegara Malaysia terlibat dengan bencana tersebut.
Walaubagaimanapun, keadaan terkini rakyat Malaysia itu belum dilaporkan dengan lebih terperinci, menurut laporan Institut Pengurusan Bencana Indonesia (Disaster Management Institute of Indonesia) yang dikeluarkan pagi tadi.
Rakyat Malaysia itu merupakan salah seorang dari 61 mangsa warga negara asing yang dilaporkan terlibat dan 46 orang daripadanya dilaporkan hilang sejak kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu.
Gempa yang bermagnitud 5.9 itu turut mencetuskan kejadian tsunami serta menyebabkan ramai terkandas kerana sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan pengangkutan awam terjejas.
Seramai 540 orang turut dilaporkan cedera parah di sekitar Woodward Palu, Budi Agung Palu, Samaritan Palu, Undata Mamboro Palu dan juga Wirabuana.
Selain itu, ratusan rumah musnah akibat gempa dan tsunami susulan bencana berkenaan, dan pihak berkuasa berkata lebih dari 16,732 orang kini kehilangan tempat tinggal.
#Budi Agung Palu
#cedera
#gempa bumi
#hilang
#Indonesia
#mangsa
#rakyat Malaysia
#tsunami
#Undata Mamboro Palu
#Wirabuana
#Woodward Palu